Suatu ketika Allah S.W.T.
telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia mendatangi
Rasulullah S.A.W. untuk memberitahu segala rahasianya ; tentang hal –hal yang
disukai mahupun dibencinya. Maksudnyanya ialah untuk meninggikan darjat Nabi
Muhammad S.A.W. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka Malaikat itu pun
berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar
menyuruh engkau menghadap Rasullullah S.A.W. Hendaklah engkau buka segala
rahsia engkau dan apa-apa yang ditanyakan oleh Rasulullah S.A.W. hendaklah
engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu
perkataan pun, nescaya akan diputuskan semua bahagian anggota badanmu, uratmu
serta disiksa dengan azab yang amat keras.”
Demi mendengar kata
Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap
Rasulullah S.A.W. dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya
dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi
salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah S.A.W. Maka sembah
Iblis (laknatullah),
“Ya Rasulullah! Mengapa
tuan tidak menjawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi
Allah?”
Maka jawab Nabi S.A.W.
dengan marah, “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku, engkau menunjuk baikmu?
Jangan engkau mencuba menipu aku sebagaimana engkau menipu Nabi Adam a.s.
sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil disebabkan
hasutanmu, Nabi Ayub a.s. kau tiup dengan asap racun pada saat ia sedang sujud
hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud a.s. dengan perempuan Urya,
Nabi Sulaiman a.s. meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai
isterinya dan begitu juga beberapa Nabi dan pendeta yang telah menanggung
sengsara akibat hasutanmu. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi
Allah azza wajalla, cuma salammu saja yang tidak aku jawab kerana diharamkan
Allah S.W.T. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis,
syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa mahumu hingga menemui aku?”
Sembah Iblis, “Ya Nabi
Allah! Janganlah tuan marah kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat
mengenali hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala
tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya
Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanyakan akan hamba terangkan satu persatu
dengan sebenarnya, tak satupun hamba berani menyembunyikannya.”
Maka Iblis pun bersumpah
menyebut nama Allah dan berkata, “Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta
barang sepatah pun niscaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu.”
Setelah mendengar sumpah
Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang
untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang
ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekalian umatku.
Pertanyaan Nabi S.A.W. (1)
:
“Hai Iblis! Siapakah musuh
engkau yang paling besar dan bagaimana aku terhadap engkau?”
Jawab Iblis, “Ya Nabi
Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di
muka bumi ini.”
Maka Nabi pun memandang
muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis, “Ya
Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekalian
manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun sama seperti aslinya,
kecuali hanya diri tuan yang tidak dapat hamba tiru kerana dicegah oleh Allah.
Seandainya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu.
Hamba cabut itikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat
dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah
hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan
tarik sekalian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk
ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba.”
Pertanyaan Nabi S.A.W. (2)
:
“Hai Iblis! Bagaimana
perbuatanmu terhadap makhluk Allah?”
Jawab Iblis, “Adalah satu
kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang
bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang bukan pada
tempatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, suka
dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda seperti
emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya
dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki
perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang rasa malu
dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan
malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat
yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila
terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi
penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu
hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan tahan mereka supaya mereka
menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan
mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takabbur,
megah, sombong dan menyia–nyiakan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan
gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap
saat.”
Pertanyaan Nabi S.A.W. (3)
:
“Hai Iblis! Mengapa engkau
bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah
bahkan menambahkan laknat yang besar serta seksa yang besar di neraka yang
paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang memanjangkan
usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa
yang memberi kekuatan anggota badanmu?”
Jawab Iblis, “Semua itu
adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan
takabbur menjadikan hamba menjadi sejahat–jahatnya. Tuan lebih tahu bahwa hamba
telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada seluruh Malaikat dan pangkat hamba
telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba
tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa lama.
Tiba-tiba datang firman Allah S.W.T. hendak menjadikan seorang Khalifah di
dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah menjadikan lelaki (Nabi Adam
a.s.) lalu dititahkan sekalian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu,
kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu, Allah murka kepada hamba dan muka hamba
yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba
merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan
dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekalian bidadari.
Hamba bertambah dengki dan dendam kepada mereka. Akhirnya hamba berhasil menipu
melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah, lalu keduanya diusir dari
syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan
Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak.
Kemudian kami hasut anak
lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak
puas hati dan pelbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.
Sebelum tuan lahir ke
dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk
mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta
balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan
memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat ( dari
berita langit ), dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan pelbagai
kitab bid’ah dan kacau-balau. Tetapi pada saat tuan lahir ke dunia ini, maka
hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia,
kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba
berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api
yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat
itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan
tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan.”
Pertanyaan Nabi S.A.W. (4)
:
“Hai Iblis! Apakah yang
pertama kali engkau tipu pada manusia?”
Jawab Iblis, “Pertama
sekali hamba palingkan niatnya, imannya kepada kafir dari segi perbuatan,
perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, hamba akan tarik
dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut
kemahuan jalan hamba.”
Pertanyaan Nabi S.A.W. (5)
:
“Hai Iblis! Jika umatku
sembahyang kerana Allah, apa yang terjadi pada dirimu?”
Jawab Iblis,
“Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gemetarlah badan hamba dan lemah tulang
sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang
manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap
anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya,
bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis
solat, hilangkan khusyuknya – matanya senantiasa menjeling ke kiri kanan,
telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain.
Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia
tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya
sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala.
Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan
menghukum mereka seberat-beratnya.”
Pertanyaan Nabi S.A.W. (6)
:
“Jika umatku membaca
Al-Quran kerana Allah, apa yang terjadi pada dirimu?”
Jawab Iblis, “Jika mereka
membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus
segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya.”
Pertanyaan Nabi S.A.W. (7)
:
“Jika umatku mengerjakan
haji kerana Allah, apa yang terjadi pada dirimu?”
Jawab Iblis, “Binasalah
diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan
rukun Islamnya.”
Pertanyaan Nabi S.A.W. (8)
:
“Jika umatku berpuasa
kerana Allah, apa yang terjadi pada dirimu?”
Jawab Iblis,“Ya Rasulullah!
Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal
bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekalian
Malaikat menyambut dengan suka cita.
Bagi orang yang berpuasa,
Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang
amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa.
Yang menghancurkan hati
hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung
dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.
Satu lagi kemuliaan orang
berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua
pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta
dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut
ke dalam syurga.
Pada hari umat tuan mula
berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya
menangkap hamba dan tentara hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki
dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang
amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami.”
“Setelah habis umat tuan
berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat
tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka
bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan
dengan bulan biasa.”
Pertanyaan Nabi S.A.W. (9)
:
“Hai Iblis! Bagaimana
sekalian sahabatku kepada engkau?”
Jawab Iblis, “Sekalian
sahabat tuan juga adalah seteru hamba yang paling besar. Tiada upaya hamba
melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka kerana tuan
sendiri telah berkata , “Sekalian sahabatku adalah seperti bintang di langit,
jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.”
Sayidina Abu Bakar
al-Siddiq sebelum bersama tuan, hamba tidak dapat hampir kepadanya, apalagi
setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan
hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika
ditimbang sekalian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan
lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Apalagi dia telah menjadi mertua tuan
kerana tuan kahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz
Hadis tuan. Sayidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang
wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan
saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendi hamba
kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah
mengatakan,
“JIKALAU ada Nabi sesudah
aku maka Umar pasti menggantikan aku”,
kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’. Sayidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak bisa mendekati, kerana lidahnya senantiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,
kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’. Sayidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak bisa mendekati, kerana lidahnya senantiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,
“Barang siapa menulis
Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan tinta merah,
niscaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid.”
Sayidina Ali Abi Talib pun
itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi
sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau,
maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta
beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan
kepalanya kepada semua berhala. Digelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ – dimuliakan
Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan tuan sendiri berkata,
“Akulah negeri segala ilmu
dan Ali itu pintunya.”
Tambahan pula dia menjadi
menantu tuan menjadikan hamba bertambah takut kepadanya.”
Pertanyaan Nabi S.A.W.
(10) :
“Bagaimana tipu daya
engkau kepada umatku?”
Jawab Iblis, “Umat tuan
itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan
segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya
mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya seperti kata Jibrail
a.s.,
“Ulama itu adalah pelita
dunia dan pelita akhirat.”
Yang kedua umat tuan
seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah.
Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti
Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka
hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya, hamba putarkan hatinya ke
lautan derhaka dan hamba tarik ke mana saja mengikut kehendak hamba. Jadi dia
sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa
beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu
hamba goda minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka
dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana
mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia
sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia
harta,berkelahi sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin,
membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan pelacur.”
Pertanyaan Nabi S.A.W.
(11) :
“Siapa yang serupa
denganmu?”
Jawab Iblis, “Orang yang
meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam.”
Pertanyaan Nabi S.A.W.
(12) :
“Siapa yang mencahayakan
mukamu?”
Jawab Iblis, “Orang yang
berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.”
Pertanyaan Nabi S.A.W.
(13) :
“Apakah rahsia engkau
kepada umatku?”
Jawab Iblis, “Jika seorang
Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka
hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari.”
Pertanyaan Nabi S.A.W.
(14) :
“Jika umatku bersatu
dengan isterinya, bagaimana hal engkau?”
Jawab Iblis, “Jika umat
tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan,
maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan
isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi
anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan,
durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka
makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun
mereka makan, tiadalah rasa kenyang.”
Pertanyaan Nabi S.A.W.
(15) :
“Dengan jalan apa tipu
dayamu bisa dilawan manusia?”
Jawab Iblis, “Jika dia
berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya.
Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.”
Pertanyaan Nabi S.A.W.
(16) :
“Siapakah orang yang
paling engkau lebih suka?”
Jawab Iblis, “Lelaki dan
perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu
kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang,
bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”
Pertanyaan Nabi S.A.W.
(17) :
“Hai Iblis! Siapakah
saudara engkau?”
Jawab Iblis, “Orang yang
tidur meniarap, orang yang matanya terjaga di waktu subuh tetapi menyambung
tidur semula. Lalu hamba jadikan dia terlena hingga terbit fajar. Demikian juga
pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat.”
Pertanyaan Nabi S.A.W.
(18) :
“Apakah jalan yang
membinasakan diri engkau?”
Jawab Iblis, “Orang yang
banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak
bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam.”
Pertanyaan Nabi S.A.W.
(19) :
“Hai Iblis! Apakah yang
memecahkan mata engkau?”
Jawab Iblis, “Orang yang
duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya.”
Pertanyaan Nabi S.A.W.
(20) :
“Apa lagi yang memecahkan
mata engkau?”
Jawab Iblis, “Orang yang
taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakai
mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,
“Syurga itu di bawah tapak
kaki ibu “
“Ya Allah, lindungilah
hamba dari godaan syaitan dan iblis yang terkutuk. Janganlah engkau jadikan
hati hamba condong kepada kesesatan sesudah engkau memberi petunjuk kepada
hamba dan kurniakanlah hamba rahmat dari sisi-Mu, kerana sesungguhnya engkau
lah maha pemberi karunia. Dan berilah hamba kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat serta peliharalah hamba dari siksa neraka, Amin ya rabbal alamin…”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar